اهلا وسهلا ومرحبا بكم

Monday 6 June 2011

Wanita?? Berdakwah???

السلام عليكم

 Bagaimana Iman???hopefully sihat wal afiat...ok...yaaa!!!!hari ni sy share beberapa story sikit..semoga dapat amek iktibar..spt biasa,selebih-lebihnya ni semua utk sy..."sy cakap utk sy..diri sy.."..dgn lafaz  بسم الله الرحمن الرحيم

Silakan membaca..=)

Allah SWT berfirman mengenai orang-orang kafir bahawa :
“mereka itu adalah seperti binatang, bahkan mereka lebih parah dari itu. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”


Nabi SAW telah bersabda dari firman Allah SWT dalam hadits Qudsi :
“Wahai hamba-hambaKu, Ketika Aku ingat kepadamu, tetapi engkau melupakanKu. Aku tutup aibmu, tetapi engkau tetap memaksiati Ku. Jika Aku inginkan pada saat ini, maka Aku berkuasa untuk perintahkan bumi untuk menelanmu, dan memerintahkan bukit untuk menghancurkan kamu di bawah api-apinya yang panas. Tetapi ingatlah hambaKu bahwa setiap manusia pasti akan datang ke hadapanKu. Dan Aku akan beritahu segala amalan-amalan mereka. Aku akan jalankan hisab-hisab atas segala amalan-amalan perbuatan mereka. Dan pada hari itu Aku akan ceritakan segala kesalahan-kesalahan kamu. Maka pada hari itu kamu akan merasa alangkah baiknya kalau saya tidak lakukan kesalahan-kesalahan ini dan dosa-dosa itu. Tetapi sebagaimana di dunia dulu Aku telah menutup kejahatanmu dan keburukanmu, maka pada hari ini engkau akan Aku maafkan dan akan Aku ampunkan. Untuk itulah Aku telah namakan diriKu Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”


Ya..!!!! Agama ini bukan saja tanggungjawab kaum lelaki. Dan pahala-pahalanya bukan saja diberikan kepada kaum lelaki. Tetapi kaum wanita juga mempunyai tanggungjawab, merujuk kepada ayat Al-Qur’an. Dan juga sahabiyah-sahabiyah, isteri kepada para sahabat juga berperanan dalam agama. Kita boleh melihatnya dari kisah-kisah mereka. Banyak orang jahil mempunyai konsep atau pengertian yang salah mengenai Islam. Mereka tidak mengerti Islam. Dan mereka berfikir bahwa Islam sangat mengecilkan, merendahkan perempuan, tidak memberikan kesempatan kepada perempuan, mengekang wanita dengan tidak membolehkan bercampur, perempuan menjadi tidak bebas, dianggap rendah, dan sebagainya. Padahal agama adalah tanggungjawab wanita dan lelaki, kita semua bersama-sama. Kita dapat melihat ini melalui sejarah Islam, saat tersebarnya Islam.Jom kita dengar kisah ye...=)


Khadijah RA, adalah contoh, teladan untuk kita ikuti, perhatikan, dan mengerti bagaimana peranan wanita. Mase Rasulullah SAW menerima wahyu pertama dari Allah SWT, dengan segera Rasulullah berjumpa dengan Khadijah. Dan saat itu Rasulullah SAW dalam keadaan ketakutan, ketidakselesaan, kerana ini adalah saat pertama Baginda berjumpa dengan Jibrail AS. Ini pertama kali Baginda melihat Jibrail dalam bentuk sebenarnya. Jadi Baginda sangat takut. Jadi saat Baginda menggigil, ketakutan, Khadijahlah orang pertama yang menenangkan Beliau, Khadijah lah orang yang meneduhkan Nabi SAW. Menghilangkan ketakutan nabi SAW. Kerana Khadijah tahu betul bagaimana akhlak mulia suaminya yang tak pernah melakukan sesuatu yang buruk. Tidak mungkin Allah akan menyusahkan Baginda. Khadijahlah orang pertama yang masuk Islam. Khadijahlah orang pertama di dunia yang membenarkan Nabi SAW. Khadijahlah orang pertama yang menerima pesan dakwah, pesan Islam. Khadijah masa itu juga menolong Rasulullah SAW. Beliau kemudian menjumpai sepupunya Waraqah bin Naufal. Lalu menceritakan semuanya seperti yang diceritakan nabi SAW padanya. Kemudian Waraqah berkata,” Itulah Namus seperti yang dilihat oleh Musa AS. Suamimu benar, jangan khuwatir, Suamimu adalah seorang nabi.



hah...Jadi kita lihat mula2 je, wanita sudah memainkan peranan. Ketika Khadijah mendengar cerita Rasulullah SAW, masa itu juga dia terus menolong Rasulullah SAW, terus mengadakan dakwah. Dia bukan perempuan yang hanya tinggal di rumah, tidur, rehat. Tapi dia terus berfikir bagaimana menolong suaminya.

OK..cerita ke-2...Sekarang kita lihat orang pertama yang mati untuk Islam. Kita tahu, para sahabat mereka mengalami penyeksaan yang begitu berat, kehilangan tangan,  kaki, dan semua penderitaan yang maha hebat lainnya. Tapi orang pertama yang Allah tentukan untuk mati di Jalan Allah adalah wanita, iaitu Sumayyah R.ha. Ini adalah suatu perkara yang mesti diterima kaum lelaki. Allah mentakdirkan orang yang pertama syahid adalah wanita. Dia dibunuh kerana ape???kerana..kalimah “Laa Ilahaa Ilallah Muhammadur Rasulullah”. Padahal kalau dia terima saja, maksudnya kalau murtad, maka dia akan dibebaskan dan akan mendapat keduniaan yang baik. Tapi dia tetap teguh kepada keyakinannya.



So kita mesti faham, bahawa Allah sengaja mengatur semua ini untuk menjadi suatu teladan, suatu pesan, yang patut diambil berat di dalam sejarah Islam, yang wanita mempunyai peranan penting, bukan saja menerima agama Islam, tapi mati dalam mempertahankan agama Islam. Jadi kita dapat lihat bahawa orang pertama yang masuk Islam adalah perempuan. Orang pertama yang mati syahid juga perempuan. Satu lagi yang Allah mau tunjukkan adalah guru hadits pertama adalah isteri Rasulullah SAW, iaitu Aisyah R.ha, yang mengajar para sahabat tentang hadits. Dikhabarkan ada 2220 hadits yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.ha. Banyak hadits yang kita baca adalah dari ‘Aishah R.ha. Dan  Rasulullah SAW ketika hampir wafat mengatakan, aku meninggalkan dua perkara untukmu yang jika engkau benar-benar berpegang teguh padanya, dengan kedua tanganmu erat-erat maka engkau akan selamat. Itulah Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW.
Jadi kita boleh melihat bahawa ‘Aishah R.ha. menyumbang peranan penting dalam meriwayatkan hadits. Kita lihat yang berikutnya pulak, setelah ‘Aishah, juga isteri-isteri Baginda SAW yang lain dan juga para sahabiyah. Mereka mengajar masyarakat, mengajar anak-anaknya, mengajar tetangganya. Mereka mengajarkan tentang Islam kepada orang-orang. Mereka bukan hanya masak, basuh pakaian, tetapi mereka juga mendidik generasi berikutnya, mengajarkan agama. Dulu tidak ada sekolah Islam, merekalah sekolah Islam. Rasulullah SAW pernah membawa ‘Aisyah R.ha untuk berjihad. Mereka pergi bukan untuk urusan bisnes, mereka bukan pergi untuk kepentingan lainnya, bersenang-senang, makan angin,  jalan-jalan, ziarah orang-orang, tetapi mereka pergi untuk berjihad, mereka pergi untuk menyebarkan Islam.
Dalam peperangan pun mereka ikut mengambil bahagian. Mereka menolong para sahabat membawa senjata, mereka memainkan peranan aktif dalam usaha menyebarkan dan mempertahankan agama Islam. Jadi ini adalah satu hakikat yang tak boleh dinafikan bahawa wanita memainkan peranan aktif, bersama dalam menyebarkan agama, dalam berdakwah sama-sama dengan lelaki.

Ok..cerita ke-3...Kita sekarang Lihat Ummu Salamah, dia dibawa Nabi saat perjanjian Hudaibiyah dibuat. Banyak sahabat yang tidak merasa puas, kecewa, dengan perjanjian yang mereka rasa berat sebelah dan merugikan umat Islam. Tapi Rasulullah SAW tetap melaksanakan perjanjian itu. Maka melihat keadaan para sahabat, Rasulullah SAW merasa bersusah hati. Baginda pergi menemui Ummu Salamah RA, dan memberitahu tentang sikap para sahabat, yang tidak mau mencukur rambut dan kembali ke Medinah. Maka Jawab Ummu Salamah, ”Mudah saja ya Rasulullah. Tuan cukur saja rambut tuan sekarang, Insya Allah mereka akan mengikuti.” Jadi bila para sahabat ketika melihat Rasulullah SAW telah mencukur rambutnya, merekapun merasa terpukul, mereka merasa telah tidak mengikuti perintah Rasulullah SAW. Maka saat itu juga semua sahabat mengikuti apa yang diperbuat Rasulullah SAW. Disinilah Allah telah mengurniakan kelebihan terhadap kaum wanita, iaitu ketajaman firasatnya. Dan inilah bukti sumbangan kaum wanita dalam dakwah. Kita lihat bahwa bukan saja isteri-isteri Rasulullah SAW, tetapi juga sahabiyah, isteri-isteri para sahabat, adik perempuan, ibu dari para Sahabat memainkan peranan penting. Ketika mereka masuk Islam, mereka  faham bahawa bila mereka menerima Islam itu ertinya mereka harus buat kerja dakwah. Tidak hanya pasif di rumah, tetapi juga kena aktif membuat dakwah untuk anak perempuan, kaum wanita lain, tetangga, dan ke yang lain.



Sedara sedari...Dalam satu riwayat, Nabi SAW bersabda, dalam suatu peperangan, ketika saya melihat ke kanan, kekiri, saya nampak satu sahabiyah bernama Nusaibah (Ummu Amarah). Dia tengah berperang, memegang pedang, memotong dengan pedang, melawan bersama-sama kaum lelaki.
Sekarang, saat masa Umar RA,  perempuan menyumbang peranan besar dalam segala aspek, baik politik, ekonomi dan sebagainya. Saat itu kekayaan Islam sedang berlimpah ruah, menyebabkan terjadinya inflasi. Maka Umar RA memutuskan untuk menentukan batas mahar. Maka dalam musyawarah Syura (perwakilan rakyat) yang terdiri dari wakil-wakil baik lelaki maupun perempuan, Umar RA memberitahu cadangannya. Maka bangkitlah seorang perempuan dan berkata,
”Siapakah dia, Umar, yang mau mengubah apa yang telah ditetapkan Allah dan Rasul-Nya?” 
Itulah peranan wanita. Wanita di ikut sertakan dalam perwakilan rakyat, tapi mereka bermesyuarat menurut cara Islam. Bukan seperti yang terjadi sekarang, dimana bercampur baur antara lelaki dan perempuan. Mereka buat  dengan cara islam iaitu wanita terpisah tempatnya dari lelaki di sebelah belakang. Jadi kita boleh melihat dalam segala bidang wanita memegang peranan yang penting. Mereka  mengetahui peranan perlu dimainkan bila menerima Islam. Mereka segera tahu apa kewajipannya dalam Islam.

Jadi...Bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan kita di kalangan orang-orang mukmin dan tidak menjadikan kita di kalangan orang-orang kafir yang mengingkari perintah Allah SWT. Umat ini apabila mereka bangun melaksanakan usaha agama ini ada dalam kehidupan mereka, maka Allah SWT akan memberi 4 perkara. Empat perkara ini akan datang berkat usaha agama :

1. Allah SWT akan memberi hakikat Islam, secara realitinya dalam kehidupan kita. Allah akan memberikan kepada kita hakikat mahabah, hakikat kasih sayang kepada Allah SWT, kepada Rasulullah SAW.
2. Allah SWT akan memberikan kepada kita hakikat kasih sayang sesama manusia walaupun berbeza bahasa, bangsa, rupa, warna kulit dan keturunan.
3. Allah SWT akan mengangkat orang-orang Islam dari lembah kehinaan ke puncak kemuliaan.
4. Allah SWT akan menundukkan semua tertib-tertib alam yang bergerak. Allah akan tundukkan matahari dan bulan, laut dan gunung,semua mahluk, tunduk kepada orang yang beriman kepada Allah SWT asbab keberkatan usaha agama, usaha yang dibuat oleh Baginda SAW.

Sedara sedari...Sahabat-sahabat RA telah memperhiasi diri mereka dengan iman dan amal. Perhiasan mereka :
1. Sifat Taqwa iaitu menghindari diri dari amalan-amalan yang dibenci oleh Allah SWT.
2.Rasa Cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
3. Sifat zikir yaitu sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT dalam setiap waktu tempat dan keadaan.
4. Sifat Zuhud iaitu menghindari dunia demi kepentingan akhirat.
5. Sifat Ubudiyah (Ketaatan) iaitu selama 24 jam menjalankan perintah Allah dan Nabi SAW.




Haa...Inilah perhiasan-perhiasan hidup yang ada pada para sahabat RA. Mereka dimuliakan oleh Allah SWT. Perhiasan yang sebenarnya bukanlah emas dan perak, bukan juga kekayaan, dan bukan juga harta benda yang kita miliki. Tetapi yang sebenarnya perhiasan adalah yang dimiliki oleh sahabat RA. Hari-hari telah berlalu, zaman telah berlalu, tetapi seiring dengan perkembangan zaman, kita telah kehilangan sifat-sifat yang mulia ini, iaitu kehilangan sifat para sahabat RA. Alangkah baiknya kalau kita berusaha agar sifat-sifat ini datang lagi kepada kita. Maka Allah SWT akan memuliakan kita dengan sifat-sifat ini. Sebenarnya.. kehilangan itu bukanlah kehilangan emas dan perak, pakaian dan nyawa, tetapi kehilangan yang sebenarnya adalah kehilangan perhiasan-perhiasan yang telah menghiasi para sahabat RA dalam kehidupan mereka, iaitu sifat-sifat mulia mereka.

Next story....Ada seorang Isteri sahabat RA yang suatu hari telah meminta cerai dari suaminya. Padahal selama ini mereka adalah keluarga bahagia. Tapi secara tiba-tiba si isteri telah meminta cerai. Suaminya menjadi terperanjat. Kata suaminya, “Baiklah mari kita pergi jumpa dengan Rasulullah SAW agar baginda dapat memberi keputusan di antara kita.” Lalu mereka keluar di waktu malam untuk berjumpa Rasulullah SAW. Kerana malam, suaminya telah terjatuh ke dalam lubang dan kakinya terkehel. Maka isterinya membawanya kembali ke rumah. Masa itu isterinya mambatalkan penceraian. Suaminya lebih terperanjat lagi dan tanya alasannya kepada isterinya. Kata si isteri, “Semenjak kita kawin, abang tidak pernah sakit, saya tidak pernah sakit, dan anak-anak tak pernah sakit. Maka rumah yang tidak pernah datang sakit adalah rumah yang terjauh dari rahmat Allah SWT.”..Subhanallah..inilah sahabat...


Kisah ke-5...Seorang sahabat kembali ke rumah. Di dapatinya tempat masak roti menyala. Padahal dia tahu bahawa di rumahnya tak ada apa-apa termasuk makanan untuk dimasak atau dimakan. Maka ia bertanya kepada isterinya,”Apa yang kamu masak?” Si isteri menjawab, “Saya hanya sekadar menyalakan api. Sebab nanti kalau ada tetangga yang datang berkunjung, mereka akan mengetahui bahawa di rumah kita ada makanan. Dan saya tidak ingin mereka mengetahui keadaan kita yang sebenarnya.” Lalu suaminya mematikan api itu. Ketika dia buka tungkunya dia terperanjat, kerana di dalam tempat masak itu ada tersedia banyak roti bakar dan daging bakar. Allahu Akbar!

Kisah seorang Nabi..Nabi Zakaria AS telah mengambil tanggungjawab memelihara Maryam AS. Jika Zakaria AS pergi ke masjid, maka dia akan mengunci pintu mihrab Maryam AS. Tetapi setiap kali Zakaria AS masuk ke mihrab Maryam di musim panas, selalu terdapat makanan untuk musim sejuk. Jika Baginda AS masuk di musim sejuk, maka di dapatinya di mihrab Maryam AS makanan untuk musim panas. Maka Zakaria AS kehairanan, dan bertanya,”Dari mana kamu dapat buah-buahan ini?” Kata Maryam AS,”Ini datang dari Allah SWT yang diberikan tanpa hisab ( tidak terbatas ).”..Allahu akbar...!!


Maka sedara sedari yg mulia, apabila kita bawa agama dalam kehidupan kita, dan kita yakin kepada firman Allah SWT, dan yakin terhadap Rasulullah SAW dengan sebenar-benarnya yakin, maka Allah akan memberikan rezeki kepada kita dari tempat yang tidak disangka-sangka, seperti yang diberikan Allah kepada Maryam AS. Khadijah RA telah mengorbankan hartanya dan dirinya sepenuhnya kepada Allah SWT. Ketika dia masih hidup berjalan di atas muka bumi, Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi SAW mengenai syurga yang Allah SWT telah sediakan untuk Khadijah RA.



Allah SWT telah mengkaitkan kejayaan manusia antara lelaki dan wanita hanya ada dalam agama yang sempurna, iaitu dengan iman dan amal soleh. Jadi dalam perkara ini Allah SWT telah samakan lelaki atau wanita, orang ajam (bukan Arab) atau orang Arab, orang pemerintah ataupun rakyat, semuanya apabila inginkan kejayaan di dunia dan akhirat maka mereka harus bawa agama dalam kehidupan mereka. Nanti Allah SWT akan memberikan kepada mereka kehidupan yang baik, kebahagiaan di dalam kehidupan dunia. Dan juga Allah SWT akan beri kejayaan kepada mereka di dalam kehidupan kekal abadi. Allah SWT akan memberikan ganjaran pahala kepada mereka lebih baik daripada amalan mereka sendiri ketika di dunia. Allah SWT memberikan kita hikmah-hikmah yang Allah saja mengetahuinya.

Allah SWT telah memberikan satu tanggungjawab dan tugas kepada kita iaitu berzikir dan bersyukur kepada-Nya. Maka sesiapa diantara hamba-hamba-Nya baik dia lelaki ataupun wanita yang banyak berzikir kepadaNya maka dia telah menunaikan tanggungjawabnya,  dengan asbab itulah Allah SWT menjadikan mereka. Maka siapa saja yang lebih banyak berzikir dan bersyukur kepada Allah, dia adalah orang yang lebih dekat kepada Allah SWT. Sebaliknya yang kurang berzikir dan bersyukur kepada Allah SWT, maka mereka akan jauh dari Allah SWT. Harta benda yang ada disekeliling kita, anak pinak, makanan, pakaian, rumah tangga, yang ada di sekeliling kita, ini sebenarnya datangnya dari Allah SWT. Dan Allah berikan nikmat-nikmat ini kepada kita supaya kita bersyukur kepadaNya. Melalui nikmat-nikmat ini kita dapat berzikir kepadaNya dan dapat mensyukurinya untuk sampai kepada Allah. Ini merupakan perantaraan agar kita boleh berzikir kepada Allah. Harta, kemewahan, kerja, dan sebagainya adalah perantaraan supaya kita boleh ingat dan bersyukur kepada Allah. Tapi hari ini perantaraan-perantaraan ini telah melalaikan kita dari maksud yang sebenarnya. Maksud sebenarnya adalah untuk kita berzikir dan bersyukur kepada Allah SWT. Tetapi perkara-perkara ini telah melalaikan kita dari maksud yang sebenarnya. Jika sekiranya perantaraan-perantaraan ini, wasilah-wasilah ini, mengganggu dan melalaikan kita daripada maksud, maka ini akan menjadi tidak ada harganya dan nilainya. Ini disebabkan wasilah atau perantaraan itu telah melalaikan kita dari maksud asal iaitu bersyukur dan berzikir kepada Allah SWT...

Rasanya pun panjang dah ni..tak ape..kita sambung pada edisi seterusnya ye...STAY TUNED!!!...
To be continued.....
Wallahu a'alam...

No comments:

Post a Comment