اهلا وسهلا ومرحبا بكم

Friday 17 June 2011

Wanita & Agama..

 Assalamualaikum pemuda pemudi harapan Agama...kejayaan manusia tidak lain tak bukan HANYA satu2nya dlm agama. Bila mana seorang manusia bawa perintah Allah dalam kehidupan,amalkan dalam hidupnya,maka dia satu orang yang berjaya.Berjaya dunia akhirat. Apa-apa jua perkara berkaitan agama Islam semuanya adalah perkara yang besar dan jika dimajukan,maka itu adalah kejayaan yang hakiki. Tiada kejayaan yang Hak melainkan kejayaan dalam agama. Mukadimah untuk entri kali ini. =)..jadi,Tuan2 dan saudara saudari...

Allah SWT  telah memberikan tanggungjawab kepada kita untuk berzikir dan bersyukur, kedua-dua perkara ini ada saling berhubungan satu sama lain. Dan perkara ini telah diperintahkan kepada kita dan kepada umat-umat yang telah lalu. Kita ini adalah umat yang ke-70. Sebelum kita telah berlalu 69 ummat. Allah SWT menjadikan umat ini umat yang terakhir dan umat yang mula-mula sekali akan dimasukkan Allah ke dalam syurga. Dan satu kemuliaan yang telah Allah SWT telah beri kepada umat ini selain dari yang tadi adalah Allah SWT telah menyamakan di antara lelaki dan wanita dalam tanggungjawabnya sebagai Naib atau wakil Rasulullah SAW untuk menyampaikan agama. Maka ini adalah tanggungjawab lelaki dan wanita bersama-sama.

Allah SWT telah muliakan umat ini di dalam Al-Qur’an sebagai “Khairu Ummah”, Ummat yang terbaik. Ini adalah suatu kemuliaan yang Allah SWT beri kepada umat ini. Tetapi kemuliaan ini akan kita dapat apabila kita menunaikan tanggungjawab kita iaitu menyeru kepada yang ma’ruf, dan mencegah yang munkar. Maka apabila umat ini bangun menunaikan tanggungjawab ini, baik  lelaki ataupun wanita, maka mereka akan mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT. Inilah sebabnya mereka dipanggil Allah sebagai umat terbaik dari kalangan semua umat.  Allah SWT juga berfirman bahwa lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, mereka harus saling membantu dalam menegakkan agama Allah. Mereka menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar. Dan juga Allah SWT akan mengislahkan, memperbaiki zuriat, keturunan kita, anak-anak kita, dengan asbab usaha agama ini. Maka penting kaum wanita sama-sama bahu membahu dengan suami mereka dalam membuat usaha agama. Kaum wanita harus memberi dukungan kepada suami dalam melakukan usaha agama. Nanti Allah SWT akan memperkuatkan lagi suaminya dalam buat usaha agama.

Saudara...Asbab sokongan isteri, banyak orang yang akan mendapat hidayah melalui suami mereka. Jika wanita telah memberi sumbangan, tenaga, dan sama-sama membantu suaminya buat usaha agama, maka mereka akan mendapatkan ganjaran dari Allah SWT, sama seperti ganjaran yang didapati suami mereka tanpa mengurangkan sedikitpun ganjaran suami-suami mereka.  Asbab kerjasama ini juga, Allah SWT akan memperbaiki zuriat mereka, keturunan mereka, anak-anak mereka, sebagaimana Allah Ta’ala pelihara keluarga dan keturunan Ibrahim AS. Maka apabila wanita sama-sama memberi sokongan, sumbangan, dan berusaha bersama-sama dengan lelaki, maka dakwah lelaki akan menjadi kuat. Dakwahnya akan berkesan, kerana setengah iman lelaki adalah dari wanita. Setengah iman lelaki adalah isterinya sendiri. Kalau isteri sudah memberi sokongan, memberi dorongan, dan mengambil bahagian bersama suami dalam menyempurnakan tanggungjawab usaha dakwah, maka Allah SWT akan menjadikan dakwah suami menjadi lebih mantap dan lebih kuat. Jika tidak, Allah akan jadikan kerja agama suami seperti orang yang pincang, yaitu dia tidak dapat bergerak dan berjalan dengan baik. Dakwah suami menjadi tidak begitu kuat dan tidak begitu mantap, walaupun dia seorang alim yang besar, seorang da’i yang hebat, seorang nabi sekalipun bahkan termasuk yang’ulul Azmi. Itupun apabila isterinya tidak sama-sama mengambil bahagian, tidak membantu dan menyokong, maka kekuatan dari kerja dakwahnya tidak akan berkesan dan tidak akan sempurna. Contoh nabi Nuh AS. Dia telah berdakwah di kalangan umatnya selama 950 tahun. Tapi isterinya tidak membantunya dalam kerja agama, isterinya tidak menyokongnya, maka ini akan melemahkan kerja mereka.

Dari seorang ibu, anak akan menyusui benih-benih kesesatan dan benih-benih kekufuran. Asbab itu diantara anak-anak Nuh AS, ada yang kufur kepada Allah SWT. Menurut Ulama, anaknya Nuh AS, Kan’an yang kufur kepada Allah, lahir dari benih-benih yang membawa sifat derhaka kepada Allah SWT. Apa sebabnya ? Ini kerana mereka tidak sama-sama membantu suami mereka dalam menjalankan usaha dakwah. Sehingga sebahagian dari keturunan mereka akan menjadi rosak. Sebaliknya wanita yang sholehah, wanita yang membantu suaminya, yang sama-sama bahu membahu dalam menjalankan usaha dakwah dan kerja agama, maka Allah SWT akan memelihara mereka. Allah SWT akan melahirkan anak-anak yang sholeh, dari benih yang baik-baik.



Seperti kisah Ibrahim AS dan Hajar R.ha. Bagaimana kecintaaan dan sayangnya Ibrahim AS kepada isterinya dan kepada anaknya Ismail AS yang masih bayi, namun Allah SWT telah memerintahkan Ibrahim AS untuk menghantar isterinya ke Mekah di tanah yang tandus. Sehingga Allah SWT gambarkan dalam Al-Qur’an tempat itu sebagai lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan, tidak ada air. Namun asbab Hajar RA adalah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suami, bersusah payah dengan suaminya kerana  agama, maka Allah telah jaga dan pelihara Hajar RA di tempat yang tandus itu.

Dia tidak pernah bertanyakan tujuan Nabi Ibrahim. Dia ikut saja bersama-sama. Apabila sampai ke Mekah, tempat yang ditentukan Allah SWT, maka Nabi Ibrahim AS meninggalkan dua beranak dengan sedikit bekalan, dengan sedikit air. Tidak ada apa-apa. Orangpun tidak ada, tumbuhan tidak ada, kehidupan pun tidak ada. Cuma yang ada asbab-asbab kematian di sekeliling mereka. Maka apabila Ibrahim AS mencapai untanya untuk beredar, Maka Hajar RA telah bertanya,

’Wahai Ibrahim hendak kemana? Dia diam tak menjawab. 
Hajar RA tanya lagi,”Ke manakah kamu tinggalkan kami?”Itupun Nabi Ibrahim AS diam. 
Kali ketiga Hajar RA tanya,” Apakah Allah SWT yang memerintahkan untuk berbuat seperti ini?” 
Maka Ibrahim menganggukkan kepala dan mengatakan,”ya.” 
Maka kata Hajar RA,”Kalau begitu sekali-kali Allah SWT tidak akan mensia-siakan kami.” 

Maka daripada mereka, orang yang berkorban, suami yang berkorban, isteri yang berkorban, bayi yang tidak faham apa-apa telah berkorban untuk agama Allah SWT, maka Allah SWT telah melahirkan dari mereka,zuriat-zuriat mereka orang-orang yang baik-baik. Ibrahim AS adalah datuk kepada semua nabi-nabi. Dan anaknya Ishak telah melahirkan nabi-nabi bani israel. Dan Ismail AS adalah datuk kepada nabi kita Muhammad SAW iaitu seorang nabi yang Allah SWT utuskan untuk kesolehan dunia, kebaikan dunia, keamanan dunia, yang datang dari agama yang dibawa Baginda SAW. 

Firman Allah SWT,” Kamu berada, ikutlah,turutilah, bapa kamu, Ibrahim AS.” 

Kita berada diatas millah, agama, cara Nabi Ibrahim AS. Cuma yang berubah hanya syariat saja, amalan yang dibawa untuk disempurnakan oleh Allah SWT kepada Baginda SAW. Apa caranya??? Cara untuk agama, untuk datangnya agama ialah perlu pula pengorbanan suami, pengorbanan isteri, pengorbanan anak-anak, maka agama akan datang, daripada zuriat kita akan lahir manusia-manusia yang akan memberi manfaat kepada kita di dunia dan akhirat InsyaAllah...

Kefahaman dalam agama datang apabila kita membuat pengorbanan ke atasnya..maka bersama-sama kita berazam utk menjadi bidan terjun untuk agama..
Wallahu a'alam....

No comments:

Post a Comment