اهلا وسهلا ومرحبا بكم

Al-Quran

Assalamualaikum..sedara2 sedari2..ni merupakan kupasan muka surat tentang suatu ilmu mukjizat teragung..bersama-sama kita kongsikan..:-)





1. PENGERTIAN TARANNUM
Taranum ialah suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya melalui proses nada,rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keunikan seni bacaan Al-Quran.

2. STATUS TARANNUM BIL QURAN SEBAGAI SATU BIDANG ILMU
Tarannum bil Quran adalah suatu ilmu yang digabungkan dengan kemahiran. Ia bukanlah satu kemahiran tanpa ilmu. Jika tarannum bil Quran hanya dianggap sebagai suatu kemahiran semata-mata, ia akan dianggap sebagai suatu yg remeh temeh dan tidak ada kesungguhan dalam usaha mempelajarinya. Oleh itu seseorang Qari hanya belajar secara berkala bagi memenuhi tuntutan majlis tilawah Al-Quran sahaja. Jika hal ini berterusan, ilmu tarannum tidak akan berkembang seiring dengan kemajuan ilmu-ilmu yang lain. Walau bagaimanapun, perkembangan tarannum sebagai suatu ilmu dan kemahiran tidak boleh terkeluar daripada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda :

  اقراوا القران بلحون العرب واصواتها
Ertinya : Bacalah Al-Quran dengan Lahn Arab dan suaranya.

Mafhum daripada hadis ini bahawa garis panduan dalam tilawah Al-Quran semestinya berada dalam lingkungan lahjah dan suara kearaban.


3. DALIL-DALIL DIPERINTAHKAN MEMBACA AL-QURAN SECARA BERTARANNUM

تعلموا كتاب الله وتعهدوه وتغنوابه
 Ertinya : Hendaklah kamu mempelajari kitab Allah (Al-Quran) dan ceriakanlah serta perelokkanlah lagu bacaannya.(hadis Riwayat Muslim)

ليس منا من لم يتغن بالقران
Ertinya : Bukanlah dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan bacaan Al-Quran.(Hadis Riwayat Bukhari)

4. FALSAFAH TARANNUM BIL QURAN

Melagukan bacaan Al-Quran adalah suatu usaha ke arah pencapaian amalan membaca Al-Quran yang bernilai tinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah s.w.t. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya merupakan suatu PENYELEWENGAN.
  • Untuk memberi penghormatan kepada status Al-Quran sebagai wahyu Allah yang paling agung. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "diturunkan Al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan."(HR Muslim)
  • Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-ayat Al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan Al-Quran itu boleh menambahkan kekhusyukan dan keinsafan..."(Surah Al-Isra' : 109)
  • Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan apabila Al-Quran dibaca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah..(Surah Al-A'raf : 204)
  • Untuk menambah keunikan seni bacaan Al-Quran : Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Hiasilah Al-Quran dengan suaramu yang baik kerana membaca Al-Quran dengan suara yang merdu itu menambahkan lagi keindahan Al-Quran.(HR Hakim)

5. SEJARAH TARANNUM BIL QURAN
Berdasarkan beberapa hadith Sahih , menjelaskan bahawa Tarannum bil Quran ni bermula sejak peristiwa Nuzul Quran di Gua Hira' pada tahun 610 Masihi ketika Rasulullah s.a.w menerima wahyu pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-Alaq. Baginda menerima ayat-ayat tersebut dan membacanya dengan elok dan cantik serta menyuruh para sahabat membacanya secara bertarannum,bertazyin dan bertahsin. Seterusnya para sahabat seperti Abdullah Ibn Mas'ud ra,Ubai bin Kaab ra,Salim Maula ra,Abu Huzaifah ra,dan Abu Musa Al-Asya'ari ra telah menyebar luaskan pengajaran Al-Quran secara sedemikian kepada para Tabi'in..

Aktiviti ini diteruskan lagi oleh para Tabi'in seperti 'Alqamah bin Qais r.ah,Abdullah bin Al-Saib r.ah di mekah,Abu Abdul Rahman Al-Sumali di Kufah,Abdullah bin Iyasy r.ah dan lain-lain lagi. Dalam kalangan Tabi' Tabi'in lahir beberapa tokoh AL-Quran seperti Umar bin Abdul Aziz,Imam Muhammad bin Idris As-Syafie(imam syafie)..imam-imam Qiraat, guru-guru Al-Quran, Qari-Qariah yang muktabar hingga kini..

 Ini merupakan contoh bacaan bertarannum...(Johan Tilawah Antarabangsa 2003)


6. PENGERTIAN BEBERAPA ISTILAH DALAM ILMU TARANNUM

  • Qita'ah :
Pengertian : Satu rentak atau gerak tarannum yang paling pendek tanpa mahattah yang tertentu.

Pembahagian Qita'ah : 
  • Qita'ah yang diwaqafkan mengikut kehendak kalimah atau ayat
  • Qita'ah yang diwasalkan kepada beberapa kalimah atau ayat-ayat sehingga kepada mahattahnya yang sempurna 
Peranan Qit'ah :
  • Sebagai daya penghidup bacaan
  • Sebagai daya penggerak bacaan
  • Membawa penekanan jiwa yang meyakinkan
  • Memberi keselesaan kepada pembaca Al-Quran 
  • Memberi penyesuaian kepada kalimah atau ayat tertentu 
 
 
  • Mahattah :
Pengertian : Satu bentuk atau gaya penghujung kepada sesuatu alunan tarannum 

Peranan mahattah :
  • Untuk menyempurnakan setiap harakat tarannum atau getaran suara
 
  • Burdah :
Pengertian : Bunga-bunga atau renik-renik tarannum atau getaran suara

Pembahagian Burdah :
  • Burdah asli: Getaran suara semulajadi
  • Burdah Shun'a-ie : Getaran (bunga-bunga) suara yang digubah dan disusun mengikut irama tarannum
Peranan Burdah :
  • Menjadi daya penggerak bacaan
  • Menjadi penghias bacaan yang berseni
  • Menjadi daya penarik sesuatu bacaan Al-Quran
  • Menjadi daya rangsangan yang bersemangat kepada pembaca atau pendengar
 
 
  • Wuslah Al-Mumathalah :
Pengertian : Kombinasi dua atau lebih irama tarannum yang berlainan atau suatu teknik memindahkan dua atau lebih harakat tarannum yang berbeza dalam satu bacaan
 
Peranan Wuslah Al-Mumathalah :
  • Menambahkan lagi keunikan / keindahan sesuatu harakat tarannum untuk menghidupkan semula mana-mana harakat tarannum yang kaku atau lesu
Contoh bacaan wuslah (campuran dua tarannum)

  • Salalim :
Pengertian : Gaya kawalan suara bacaan untuk menambah keindahan Al-Quran
Pembahagian Salalim :
  • Salalim Su'ud : Gaya menaikkan tabaqat(peringkat) suara bacaan sedikit demi sedikit
  • Salalim Nuzul : Gaya menurunkan tabaqat (peringkat) suara bacaan sedikit demi sedikit
Peranan Salalim :
  • Untuk melahirkan keindahan bertarannum
  • Untuk melahirkan kemukjizatan ayat-ayat Al-Quran 
  • Supaya mesej-mesej sesuatu ayat dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan
 


  • Ikhtilal Al-Lahn :
Pengertian : Suaran sumbang yang disengajakan mengikut irama dan tabaqat (peringkat) yang tertentu
Pembahagian Ikhtilal Al-Lahn
  • Menaik : Gaya sumbang sengaja yang bergerak secara menaik
  • Menurun : Gaya sumbang sengaja yang bergerak secara menurun
 Peranan Ikhtilal Al-Lahn :
  • Melahirkan 'Zauq' bacaan Al-Quran
  • Menjadi daya penarik bagi sesuatu bacaan
  • Mempelbagaikan persembahan tarannum
 
 
 
7. KATEGORI-KATEGORI TARANNUM BIL QURAN 
 
  • Kategori Lembut                   : Jaharkah , 'Iraqi, Nahawand dan Soba'
  • Kategori Sederhana Lembut  : Bayyati, Husaini , Rast, Sikah ,'Usyad dan Syuri
  • Kategori Hangat & Keras     : 'Ajami , Hijjaz dan Kurdi

8. PEMBAHAGIAN HARAKAT DALAM TARANNUM BIL QURAN
  • Satu pertiga daripada harakatnya untuk melendikkan persembahan
  • Satu pertiga daripada harakatnya untuk menghangatkan persembahan
  • Satu pertiga daripada harakatnya untuk mencanggihkan persembahan


9. CIRI-CIRI PERSEMBAHAN TARANNUM YANG BAIK 
Untuk menghasilkan persembahan yang baik perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut :
  • Bersesuaian tarannum dengan ayat
  • Susunan tarannumnya rapi dan sesuai
  • Susunan harakatnyaa rapi dan bersistematik
  • Bersesuaian tarannum dengan hukum tajwid 
  • Bersesuaian suara dengan tarannum dengan harakat
  • Pengendalian suara dan tarannumnya dengan lahjah arab


10. CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN SESUATU HARAKAT TARANNUM


Bersambung......