اهلا وسهلا ومرحبا بكم

Friday, 17 June 2011

Wanita & Agama..

 Assalamualaikum pemuda pemudi harapan Agama...kejayaan manusia tidak lain tak bukan HANYA satu2nya dlm agama. Bila mana seorang manusia bawa perintah Allah dalam kehidupan,amalkan dalam hidupnya,maka dia satu orang yang berjaya.Berjaya dunia akhirat. Apa-apa jua perkara berkaitan agama Islam semuanya adalah perkara yang besar dan jika dimajukan,maka itu adalah kejayaan yang hakiki. Tiada kejayaan yang Hak melainkan kejayaan dalam agama. Mukadimah untuk entri kali ini. =)..jadi,Tuan2 dan saudara saudari...

Allah SWT  telah memberikan tanggungjawab kepada kita untuk berzikir dan bersyukur, kedua-dua perkara ini ada saling berhubungan satu sama lain. Dan perkara ini telah diperintahkan kepada kita dan kepada umat-umat yang telah lalu. Kita ini adalah umat yang ke-70. Sebelum kita telah berlalu 69 ummat. Allah SWT menjadikan umat ini umat yang terakhir dan umat yang mula-mula sekali akan dimasukkan Allah ke dalam syurga. Dan satu kemuliaan yang telah Allah SWT telah beri kepada umat ini selain dari yang tadi adalah Allah SWT telah menyamakan di antara lelaki dan wanita dalam tanggungjawabnya sebagai Naib atau wakil Rasulullah SAW untuk menyampaikan agama. Maka ini adalah tanggungjawab lelaki dan wanita bersama-sama.

Allah SWT telah muliakan umat ini di dalam Al-Qur’an sebagai “Khairu Ummah”, Ummat yang terbaik. Ini adalah suatu kemuliaan yang Allah SWT beri kepada umat ini. Tetapi kemuliaan ini akan kita dapat apabila kita menunaikan tanggungjawab kita iaitu menyeru kepada yang ma’ruf, dan mencegah yang munkar. Maka apabila umat ini bangun menunaikan tanggungjawab ini, baik  lelaki ataupun wanita, maka mereka akan mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT. Inilah sebabnya mereka dipanggil Allah sebagai umat terbaik dari kalangan semua umat.  Allah SWT juga berfirman bahwa lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, mereka harus saling membantu dalam menegakkan agama Allah. Mereka menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar. Dan juga Allah SWT akan mengislahkan, memperbaiki zuriat, keturunan kita, anak-anak kita, dengan asbab usaha agama ini. Maka penting kaum wanita sama-sama bahu membahu dengan suami mereka dalam membuat usaha agama. Kaum wanita harus memberi dukungan kepada suami dalam melakukan usaha agama. Nanti Allah SWT akan memperkuatkan lagi suaminya dalam buat usaha agama.

Saudara...Asbab sokongan isteri, banyak orang yang akan mendapat hidayah melalui suami mereka. Jika wanita telah memberi sumbangan, tenaga, dan sama-sama membantu suaminya buat usaha agama, maka mereka akan mendapatkan ganjaran dari Allah SWT, sama seperti ganjaran yang didapati suami mereka tanpa mengurangkan sedikitpun ganjaran suami-suami mereka.  Asbab kerjasama ini juga, Allah SWT akan memperbaiki zuriat mereka, keturunan mereka, anak-anak mereka, sebagaimana Allah Ta’ala pelihara keluarga dan keturunan Ibrahim AS. Maka apabila wanita sama-sama memberi sokongan, sumbangan, dan berusaha bersama-sama dengan lelaki, maka dakwah lelaki akan menjadi kuat. Dakwahnya akan berkesan, kerana setengah iman lelaki adalah dari wanita. Setengah iman lelaki adalah isterinya sendiri. Kalau isteri sudah memberi sokongan, memberi dorongan, dan mengambil bahagian bersama suami dalam menyempurnakan tanggungjawab usaha dakwah, maka Allah SWT akan menjadikan dakwah suami menjadi lebih mantap dan lebih kuat. Jika tidak, Allah akan jadikan kerja agama suami seperti orang yang pincang, yaitu dia tidak dapat bergerak dan berjalan dengan baik. Dakwah suami menjadi tidak begitu kuat dan tidak begitu mantap, walaupun dia seorang alim yang besar, seorang da’i yang hebat, seorang nabi sekalipun bahkan termasuk yang’ulul Azmi. Itupun apabila isterinya tidak sama-sama mengambil bahagian, tidak membantu dan menyokong, maka kekuatan dari kerja dakwahnya tidak akan berkesan dan tidak akan sempurna. Contoh nabi Nuh AS. Dia telah berdakwah di kalangan umatnya selama 950 tahun. Tapi isterinya tidak membantunya dalam kerja agama, isterinya tidak menyokongnya, maka ini akan melemahkan kerja mereka.

Dari seorang ibu, anak akan menyusui benih-benih kesesatan dan benih-benih kekufuran. Asbab itu diantara anak-anak Nuh AS, ada yang kufur kepada Allah SWT. Menurut Ulama, anaknya Nuh AS, Kan’an yang kufur kepada Allah, lahir dari benih-benih yang membawa sifat derhaka kepada Allah SWT. Apa sebabnya ? Ini kerana mereka tidak sama-sama membantu suami mereka dalam menjalankan usaha dakwah. Sehingga sebahagian dari keturunan mereka akan menjadi rosak. Sebaliknya wanita yang sholehah, wanita yang membantu suaminya, yang sama-sama bahu membahu dalam menjalankan usaha dakwah dan kerja agama, maka Allah SWT akan memelihara mereka. Allah SWT akan melahirkan anak-anak yang sholeh, dari benih yang baik-baik.



Seperti kisah Ibrahim AS dan Hajar R.ha. Bagaimana kecintaaan dan sayangnya Ibrahim AS kepada isterinya dan kepada anaknya Ismail AS yang masih bayi, namun Allah SWT telah memerintahkan Ibrahim AS untuk menghantar isterinya ke Mekah di tanah yang tandus. Sehingga Allah SWT gambarkan dalam Al-Qur’an tempat itu sebagai lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan, tidak ada air. Namun asbab Hajar RA adalah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suami, bersusah payah dengan suaminya kerana  agama, maka Allah telah jaga dan pelihara Hajar RA di tempat yang tandus itu.

Dia tidak pernah bertanyakan tujuan Nabi Ibrahim. Dia ikut saja bersama-sama. Apabila sampai ke Mekah, tempat yang ditentukan Allah SWT, maka Nabi Ibrahim AS meninggalkan dua beranak dengan sedikit bekalan, dengan sedikit air. Tidak ada apa-apa. Orangpun tidak ada, tumbuhan tidak ada, kehidupan pun tidak ada. Cuma yang ada asbab-asbab kematian di sekeliling mereka. Maka apabila Ibrahim AS mencapai untanya untuk beredar, Maka Hajar RA telah bertanya,

’Wahai Ibrahim hendak kemana? Dia diam tak menjawab. 
Hajar RA tanya lagi,”Ke manakah kamu tinggalkan kami?”Itupun Nabi Ibrahim AS diam. 
Kali ketiga Hajar RA tanya,” Apakah Allah SWT yang memerintahkan untuk berbuat seperti ini?” 
Maka Ibrahim menganggukkan kepala dan mengatakan,”ya.” 
Maka kata Hajar RA,”Kalau begitu sekali-kali Allah SWT tidak akan mensia-siakan kami.” 

Maka daripada mereka, orang yang berkorban, suami yang berkorban, isteri yang berkorban, bayi yang tidak faham apa-apa telah berkorban untuk agama Allah SWT, maka Allah SWT telah melahirkan dari mereka,zuriat-zuriat mereka orang-orang yang baik-baik. Ibrahim AS adalah datuk kepada semua nabi-nabi. Dan anaknya Ishak telah melahirkan nabi-nabi bani israel. Dan Ismail AS adalah datuk kepada nabi kita Muhammad SAW iaitu seorang nabi yang Allah SWT utuskan untuk kesolehan dunia, kebaikan dunia, keamanan dunia, yang datang dari agama yang dibawa Baginda SAW. 

Firman Allah SWT,” Kamu berada, ikutlah,turutilah, bapa kamu, Ibrahim AS.” 

Kita berada diatas millah, agama, cara Nabi Ibrahim AS. Cuma yang berubah hanya syariat saja, amalan yang dibawa untuk disempurnakan oleh Allah SWT kepada Baginda SAW. Apa caranya??? Cara untuk agama, untuk datangnya agama ialah perlu pula pengorbanan suami, pengorbanan isteri, pengorbanan anak-anak, maka agama akan datang, daripada zuriat kita akan lahir manusia-manusia yang akan memberi manfaat kepada kita di dunia dan akhirat InsyaAllah...

Kefahaman dalam agama datang apabila kita membuat pengorbanan ke atasnya..maka bersama-sama kita berazam utk menjadi bidan terjun untuk agama..
Wallahu a'alam....

Monday, 6 June 2011

Wanita?? Berdakwah???

السلام عليكم

 Bagaimana Iman???hopefully sihat wal afiat...ok...yaaa!!!!hari ni sy share beberapa story sikit..semoga dapat amek iktibar..spt biasa,selebih-lebihnya ni semua utk sy..."sy cakap utk sy..diri sy.."..dgn lafaz  بسم الله الرحمن الرحيم

Silakan membaca..=)

Allah SWT berfirman mengenai orang-orang kafir bahawa :
“mereka itu adalah seperti binatang, bahkan mereka lebih parah dari itu. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”


Nabi SAW telah bersabda dari firman Allah SWT dalam hadits Qudsi :
“Wahai hamba-hambaKu, Ketika Aku ingat kepadamu, tetapi engkau melupakanKu. Aku tutup aibmu, tetapi engkau tetap memaksiati Ku. Jika Aku inginkan pada saat ini, maka Aku berkuasa untuk perintahkan bumi untuk menelanmu, dan memerintahkan bukit untuk menghancurkan kamu di bawah api-apinya yang panas. Tetapi ingatlah hambaKu bahwa setiap manusia pasti akan datang ke hadapanKu. Dan Aku akan beritahu segala amalan-amalan mereka. Aku akan jalankan hisab-hisab atas segala amalan-amalan perbuatan mereka. Dan pada hari itu Aku akan ceritakan segala kesalahan-kesalahan kamu. Maka pada hari itu kamu akan merasa alangkah baiknya kalau saya tidak lakukan kesalahan-kesalahan ini dan dosa-dosa itu. Tetapi sebagaimana di dunia dulu Aku telah menutup kejahatanmu dan keburukanmu, maka pada hari ini engkau akan Aku maafkan dan akan Aku ampunkan. Untuk itulah Aku telah namakan diriKu Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”


Ya..!!!! Agama ini bukan saja tanggungjawab kaum lelaki. Dan pahala-pahalanya bukan saja diberikan kepada kaum lelaki. Tetapi kaum wanita juga mempunyai tanggungjawab, merujuk kepada ayat Al-Qur’an. Dan juga sahabiyah-sahabiyah, isteri kepada para sahabat juga berperanan dalam agama. Kita boleh melihatnya dari kisah-kisah mereka. Banyak orang jahil mempunyai konsep atau pengertian yang salah mengenai Islam. Mereka tidak mengerti Islam. Dan mereka berfikir bahwa Islam sangat mengecilkan, merendahkan perempuan, tidak memberikan kesempatan kepada perempuan, mengekang wanita dengan tidak membolehkan bercampur, perempuan menjadi tidak bebas, dianggap rendah, dan sebagainya. Padahal agama adalah tanggungjawab wanita dan lelaki, kita semua bersama-sama. Kita dapat melihat ini melalui sejarah Islam, saat tersebarnya Islam.Jom kita dengar kisah ye...=)


Khadijah RA, adalah contoh, teladan untuk kita ikuti, perhatikan, dan mengerti bagaimana peranan wanita. Mase Rasulullah SAW menerima wahyu pertama dari Allah SWT, dengan segera Rasulullah berjumpa dengan Khadijah. Dan saat itu Rasulullah SAW dalam keadaan ketakutan, ketidakselesaan, kerana ini adalah saat pertama Baginda berjumpa dengan Jibrail AS. Ini pertama kali Baginda melihat Jibrail dalam bentuk sebenarnya. Jadi Baginda sangat takut. Jadi saat Baginda menggigil, ketakutan, Khadijahlah orang pertama yang menenangkan Beliau, Khadijah lah orang yang meneduhkan Nabi SAW. Menghilangkan ketakutan nabi SAW. Kerana Khadijah tahu betul bagaimana akhlak mulia suaminya yang tak pernah melakukan sesuatu yang buruk. Tidak mungkin Allah akan menyusahkan Baginda. Khadijahlah orang pertama yang masuk Islam. Khadijahlah orang pertama di dunia yang membenarkan Nabi SAW. Khadijahlah orang pertama yang menerima pesan dakwah, pesan Islam. Khadijah masa itu juga menolong Rasulullah SAW. Beliau kemudian menjumpai sepupunya Waraqah bin Naufal. Lalu menceritakan semuanya seperti yang diceritakan nabi SAW padanya. Kemudian Waraqah berkata,” Itulah Namus seperti yang dilihat oleh Musa AS. Suamimu benar, jangan khuwatir, Suamimu adalah seorang nabi.



hah...Jadi kita lihat mula2 je, wanita sudah memainkan peranan. Ketika Khadijah mendengar cerita Rasulullah SAW, masa itu juga dia terus menolong Rasulullah SAW, terus mengadakan dakwah. Dia bukan perempuan yang hanya tinggal di rumah, tidur, rehat. Tapi dia terus berfikir bagaimana menolong suaminya.

OK..cerita ke-2...Sekarang kita lihat orang pertama yang mati untuk Islam. Kita tahu, para sahabat mereka mengalami penyeksaan yang begitu berat, kehilangan tangan,  kaki, dan semua penderitaan yang maha hebat lainnya. Tapi orang pertama yang Allah tentukan untuk mati di Jalan Allah adalah wanita, iaitu Sumayyah R.ha. Ini adalah suatu perkara yang mesti diterima kaum lelaki. Allah mentakdirkan orang yang pertama syahid adalah wanita. Dia dibunuh kerana ape???kerana..kalimah “Laa Ilahaa Ilallah Muhammadur Rasulullah”. Padahal kalau dia terima saja, maksudnya kalau murtad, maka dia akan dibebaskan dan akan mendapat keduniaan yang baik. Tapi dia tetap teguh kepada keyakinannya.



So kita mesti faham, bahawa Allah sengaja mengatur semua ini untuk menjadi suatu teladan, suatu pesan, yang patut diambil berat di dalam sejarah Islam, yang wanita mempunyai peranan penting, bukan saja menerima agama Islam, tapi mati dalam mempertahankan agama Islam. Jadi kita dapat lihat bahawa orang pertama yang masuk Islam adalah perempuan. Orang pertama yang mati syahid juga perempuan. Satu lagi yang Allah mau tunjukkan adalah guru hadits pertama adalah isteri Rasulullah SAW, iaitu Aisyah R.ha, yang mengajar para sahabat tentang hadits. Dikhabarkan ada 2220 hadits yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.ha. Banyak hadits yang kita baca adalah dari ‘Aishah R.ha. Dan  Rasulullah SAW ketika hampir wafat mengatakan, aku meninggalkan dua perkara untukmu yang jika engkau benar-benar berpegang teguh padanya, dengan kedua tanganmu erat-erat maka engkau akan selamat. Itulah Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW.
Jadi kita boleh melihat bahawa ‘Aishah R.ha. menyumbang peranan penting dalam meriwayatkan hadits. Kita lihat yang berikutnya pulak, setelah ‘Aishah, juga isteri-isteri Baginda SAW yang lain dan juga para sahabiyah. Mereka mengajar masyarakat, mengajar anak-anaknya, mengajar tetangganya. Mereka mengajarkan tentang Islam kepada orang-orang. Mereka bukan hanya masak, basuh pakaian, tetapi mereka juga mendidik generasi berikutnya, mengajarkan agama. Dulu tidak ada sekolah Islam, merekalah sekolah Islam. Rasulullah SAW pernah membawa ‘Aisyah R.ha untuk berjihad. Mereka pergi bukan untuk urusan bisnes, mereka bukan pergi untuk kepentingan lainnya, bersenang-senang, makan angin,  jalan-jalan, ziarah orang-orang, tetapi mereka pergi untuk berjihad, mereka pergi untuk menyebarkan Islam.
Dalam peperangan pun mereka ikut mengambil bahagian. Mereka menolong para sahabat membawa senjata, mereka memainkan peranan aktif dalam usaha menyebarkan dan mempertahankan agama Islam. Jadi ini adalah satu hakikat yang tak boleh dinafikan bahawa wanita memainkan peranan aktif, bersama dalam menyebarkan agama, dalam berdakwah sama-sama dengan lelaki.

Ok..cerita ke-3...Kita sekarang Lihat Ummu Salamah, dia dibawa Nabi saat perjanjian Hudaibiyah dibuat. Banyak sahabat yang tidak merasa puas, kecewa, dengan perjanjian yang mereka rasa berat sebelah dan merugikan umat Islam. Tapi Rasulullah SAW tetap melaksanakan perjanjian itu. Maka melihat keadaan para sahabat, Rasulullah SAW merasa bersusah hati. Baginda pergi menemui Ummu Salamah RA, dan memberitahu tentang sikap para sahabat, yang tidak mau mencukur rambut dan kembali ke Medinah. Maka Jawab Ummu Salamah, ”Mudah saja ya Rasulullah. Tuan cukur saja rambut tuan sekarang, Insya Allah mereka akan mengikuti.” Jadi bila para sahabat ketika melihat Rasulullah SAW telah mencukur rambutnya, merekapun merasa terpukul, mereka merasa telah tidak mengikuti perintah Rasulullah SAW. Maka saat itu juga semua sahabat mengikuti apa yang diperbuat Rasulullah SAW. Disinilah Allah telah mengurniakan kelebihan terhadap kaum wanita, iaitu ketajaman firasatnya. Dan inilah bukti sumbangan kaum wanita dalam dakwah. Kita lihat bahwa bukan saja isteri-isteri Rasulullah SAW, tetapi juga sahabiyah, isteri-isteri para sahabat, adik perempuan, ibu dari para Sahabat memainkan peranan penting. Ketika mereka masuk Islam, mereka  faham bahawa bila mereka menerima Islam itu ertinya mereka harus buat kerja dakwah. Tidak hanya pasif di rumah, tetapi juga kena aktif membuat dakwah untuk anak perempuan, kaum wanita lain, tetangga, dan ke yang lain.



Sedara sedari...Dalam satu riwayat, Nabi SAW bersabda, dalam suatu peperangan, ketika saya melihat ke kanan, kekiri, saya nampak satu sahabiyah bernama Nusaibah (Ummu Amarah). Dia tengah berperang, memegang pedang, memotong dengan pedang, melawan bersama-sama kaum lelaki.
Sekarang, saat masa Umar RA,  perempuan menyumbang peranan besar dalam segala aspek, baik politik, ekonomi dan sebagainya. Saat itu kekayaan Islam sedang berlimpah ruah, menyebabkan terjadinya inflasi. Maka Umar RA memutuskan untuk menentukan batas mahar. Maka dalam musyawarah Syura (perwakilan rakyat) yang terdiri dari wakil-wakil baik lelaki maupun perempuan, Umar RA memberitahu cadangannya. Maka bangkitlah seorang perempuan dan berkata,
”Siapakah dia, Umar, yang mau mengubah apa yang telah ditetapkan Allah dan Rasul-Nya?” 
Itulah peranan wanita. Wanita di ikut sertakan dalam perwakilan rakyat, tapi mereka bermesyuarat menurut cara Islam. Bukan seperti yang terjadi sekarang, dimana bercampur baur antara lelaki dan perempuan. Mereka buat  dengan cara islam iaitu wanita terpisah tempatnya dari lelaki di sebelah belakang. Jadi kita boleh melihat dalam segala bidang wanita memegang peranan yang penting. Mereka  mengetahui peranan perlu dimainkan bila menerima Islam. Mereka segera tahu apa kewajipannya dalam Islam.

Jadi...Bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan kita di kalangan orang-orang mukmin dan tidak menjadikan kita di kalangan orang-orang kafir yang mengingkari perintah Allah SWT. Umat ini apabila mereka bangun melaksanakan usaha agama ini ada dalam kehidupan mereka, maka Allah SWT akan memberi 4 perkara. Empat perkara ini akan datang berkat usaha agama :

1. Allah SWT akan memberi hakikat Islam, secara realitinya dalam kehidupan kita. Allah akan memberikan kepada kita hakikat mahabah, hakikat kasih sayang kepada Allah SWT, kepada Rasulullah SAW.
2. Allah SWT akan memberikan kepada kita hakikat kasih sayang sesama manusia walaupun berbeza bahasa, bangsa, rupa, warna kulit dan keturunan.
3. Allah SWT akan mengangkat orang-orang Islam dari lembah kehinaan ke puncak kemuliaan.
4. Allah SWT akan menundukkan semua tertib-tertib alam yang bergerak. Allah akan tundukkan matahari dan bulan, laut dan gunung,semua mahluk, tunduk kepada orang yang beriman kepada Allah SWT asbab keberkatan usaha agama, usaha yang dibuat oleh Baginda SAW.

Sedara sedari...Sahabat-sahabat RA telah memperhiasi diri mereka dengan iman dan amal. Perhiasan mereka :
1. Sifat Taqwa iaitu menghindari diri dari amalan-amalan yang dibenci oleh Allah SWT.
2.Rasa Cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
3. Sifat zikir yaitu sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT dalam setiap waktu tempat dan keadaan.
4. Sifat Zuhud iaitu menghindari dunia demi kepentingan akhirat.
5. Sifat Ubudiyah (Ketaatan) iaitu selama 24 jam menjalankan perintah Allah dan Nabi SAW.




Haa...Inilah perhiasan-perhiasan hidup yang ada pada para sahabat RA. Mereka dimuliakan oleh Allah SWT. Perhiasan yang sebenarnya bukanlah emas dan perak, bukan juga kekayaan, dan bukan juga harta benda yang kita miliki. Tetapi yang sebenarnya perhiasan adalah yang dimiliki oleh sahabat RA. Hari-hari telah berlalu, zaman telah berlalu, tetapi seiring dengan perkembangan zaman, kita telah kehilangan sifat-sifat yang mulia ini, iaitu kehilangan sifat para sahabat RA. Alangkah baiknya kalau kita berusaha agar sifat-sifat ini datang lagi kepada kita. Maka Allah SWT akan memuliakan kita dengan sifat-sifat ini. Sebenarnya.. kehilangan itu bukanlah kehilangan emas dan perak, pakaian dan nyawa, tetapi kehilangan yang sebenarnya adalah kehilangan perhiasan-perhiasan yang telah menghiasi para sahabat RA dalam kehidupan mereka, iaitu sifat-sifat mulia mereka.

Next story....Ada seorang Isteri sahabat RA yang suatu hari telah meminta cerai dari suaminya. Padahal selama ini mereka adalah keluarga bahagia. Tapi secara tiba-tiba si isteri telah meminta cerai. Suaminya menjadi terperanjat. Kata suaminya, “Baiklah mari kita pergi jumpa dengan Rasulullah SAW agar baginda dapat memberi keputusan di antara kita.” Lalu mereka keluar di waktu malam untuk berjumpa Rasulullah SAW. Kerana malam, suaminya telah terjatuh ke dalam lubang dan kakinya terkehel. Maka isterinya membawanya kembali ke rumah. Masa itu isterinya mambatalkan penceraian. Suaminya lebih terperanjat lagi dan tanya alasannya kepada isterinya. Kata si isteri, “Semenjak kita kawin, abang tidak pernah sakit, saya tidak pernah sakit, dan anak-anak tak pernah sakit. Maka rumah yang tidak pernah datang sakit adalah rumah yang terjauh dari rahmat Allah SWT.”..Subhanallah..inilah sahabat...


Kisah ke-5...Seorang sahabat kembali ke rumah. Di dapatinya tempat masak roti menyala. Padahal dia tahu bahawa di rumahnya tak ada apa-apa termasuk makanan untuk dimasak atau dimakan. Maka ia bertanya kepada isterinya,”Apa yang kamu masak?” Si isteri menjawab, “Saya hanya sekadar menyalakan api. Sebab nanti kalau ada tetangga yang datang berkunjung, mereka akan mengetahui bahawa di rumah kita ada makanan. Dan saya tidak ingin mereka mengetahui keadaan kita yang sebenarnya.” Lalu suaminya mematikan api itu. Ketika dia buka tungkunya dia terperanjat, kerana di dalam tempat masak itu ada tersedia banyak roti bakar dan daging bakar. Allahu Akbar!

Kisah seorang Nabi..Nabi Zakaria AS telah mengambil tanggungjawab memelihara Maryam AS. Jika Zakaria AS pergi ke masjid, maka dia akan mengunci pintu mihrab Maryam AS. Tetapi setiap kali Zakaria AS masuk ke mihrab Maryam di musim panas, selalu terdapat makanan untuk musim sejuk. Jika Baginda AS masuk di musim sejuk, maka di dapatinya di mihrab Maryam AS makanan untuk musim panas. Maka Zakaria AS kehairanan, dan bertanya,”Dari mana kamu dapat buah-buahan ini?” Kata Maryam AS,”Ini datang dari Allah SWT yang diberikan tanpa hisab ( tidak terbatas ).”..Allahu akbar...!!


Maka sedara sedari yg mulia, apabila kita bawa agama dalam kehidupan kita, dan kita yakin kepada firman Allah SWT, dan yakin terhadap Rasulullah SAW dengan sebenar-benarnya yakin, maka Allah akan memberikan rezeki kepada kita dari tempat yang tidak disangka-sangka, seperti yang diberikan Allah kepada Maryam AS. Khadijah RA telah mengorbankan hartanya dan dirinya sepenuhnya kepada Allah SWT. Ketika dia masih hidup berjalan di atas muka bumi, Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi SAW mengenai syurga yang Allah SWT telah sediakan untuk Khadijah RA.



Allah SWT telah mengkaitkan kejayaan manusia antara lelaki dan wanita hanya ada dalam agama yang sempurna, iaitu dengan iman dan amal soleh. Jadi dalam perkara ini Allah SWT telah samakan lelaki atau wanita, orang ajam (bukan Arab) atau orang Arab, orang pemerintah ataupun rakyat, semuanya apabila inginkan kejayaan di dunia dan akhirat maka mereka harus bawa agama dalam kehidupan mereka. Nanti Allah SWT akan memberikan kepada mereka kehidupan yang baik, kebahagiaan di dalam kehidupan dunia. Dan juga Allah SWT akan beri kejayaan kepada mereka di dalam kehidupan kekal abadi. Allah SWT akan memberikan ganjaran pahala kepada mereka lebih baik daripada amalan mereka sendiri ketika di dunia. Allah SWT memberikan kita hikmah-hikmah yang Allah saja mengetahuinya.

Allah SWT telah memberikan satu tanggungjawab dan tugas kepada kita iaitu berzikir dan bersyukur kepada-Nya. Maka sesiapa diantara hamba-hamba-Nya baik dia lelaki ataupun wanita yang banyak berzikir kepadaNya maka dia telah menunaikan tanggungjawabnya,  dengan asbab itulah Allah SWT menjadikan mereka. Maka siapa saja yang lebih banyak berzikir dan bersyukur kepada Allah, dia adalah orang yang lebih dekat kepada Allah SWT. Sebaliknya yang kurang berzikir dan bersyukur kepada Allah SWT, maka mereka akan jauh dari Allah SWT. Harta benda yang ada disekeliling kita, anak pinak, makanan, pakaian, rumah tangga, yang ada di sekeliling kita, ini sebenarnya datangnya dari Allah SWT. Dan Allah berikan nikmat-nikmat ini kepada kita supaya kita bersyukur kepadaNya. Melalui nikmat-nikmat ini kita dapat berzikir kepadaNya dan dapat mensyukurinya untuk sampai kepada Allah. Ini merupakan perantaraan agar kita boleh berzikir kepada Allah. Harta, kemewahan, kerja, dan sebagainya adalah perantaraan supaya kita boleh ingat dan bersyukur kepada Allah. Tapi hari ini perantaraan-perantaraan ini telah melalaikan kita dari maksud yang sebenarnya. Maksud sebenarnya adalah untuk kita berzikir dan bersyukur kepada Allah SWT. Tetapi perkara-perkara ini telah melalaikan kita dari maksud yang sebenarnya. Jika sekiranya perantaraan-perantaraan ini, wasilah-wasilah ini, mengganggu dan melalaikan kita daripada maksud, maka ini akan menjadi tidak ada harganya dan nilainya. Ini disebabkan wasilah atau perantaraan itu telah melalaikan kita dari maksud asal iaitu bersyukur dan berzikir kepada Allah SWT...

Rasanya pun panjang dah ni..tak ape..kita sambung pada edisi seterusnya ye...STAY TUNED!!!...
To be continued.....
Wallahu a'alam...

Sunday, 5 June 2011

Lirik lagu..??



السلام عليكم

Ape khabar semua...???..baik2 aja ya..Alhamdulillah..iman??ape khabarnya???
same2 la kite polish dan gilap iman kita lg dan lg..Insya Allah..hah.,dlm post yg ni sy rase mcm nk share interest sy dlm 1 lagu nasyid ni dgn sedare sedari sume..sy suke dgn liriknya..ble dgr..Allah...hidup ni x lame..60-70 tahun je kn..kdg2 jd,kdg2 x..ade org muda2 lg dah diangkat dari tmpt sementara ni..hari ni kte sume bkn kene takot dgn mati,,tapi kte kene sentiasa tkot mcm mne keadaan kte ketika mati..dpt mengucap LAILAHAILLALLAH ke? meninggal ktika buat maksiat ke? ketika tgh maen game ke?ketika solat ke?ketika keluar di jalan ALLAH ke?(amin..moga2)...jd same2 ye kte hayati lirik ni..nk dgr lagu nye,klik la button "play" ye.. 


DEBU-DEBU DOSA (HIJJAZ)
 

 
Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya

Tak peduli dosa noda
Siksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
… syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perku kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia nanti
Di akhirat yang abadi
 
saya suka lagu ni..menginsafkan..ok,,datz all..
Wallahu a'alam..=)

Wednesday, 25 May 2011

Mata...

"Tengok ni, lukisan pun cantik tau, kalau wanita betul, lagi cantikkan..??"

"Subhanallah,,indahnya ciptaan Allah ni..",saat memandang seorang wanita..

Haih, punyalah banyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya.??

Apabila lelaki tak jaga mata....

Antara alasan biasa :....

"Standardlah tu ,kitorang kan lelaki.."
"Normallah tu, kalau tak nnt org ingat ktorg ni gay pulak...Eish!!"
"Kalau tak suka, something wrong somewhere.."
"Dah diorang tunjuk, kita tengok je lah.."
"Free show derr,sape tak nak..??"
"Tengok je pun,bkn buat ape2 pun"
"Tengok je, tak luak pun la.."
"Tengok je ,,tak sentuh pun la.."
"Ala,,perkataan dear je pun..ikut niat le..."
"Kata2 mesra sikit je.."
"Tengok je...tengok je...tengok sikit je...dan tengok je.."

Walau hanya dengan lintasan kata hati...
"Astaghfirullah al'azim"..Ayat yg mmg sgt menggerunkan seorang perempuan...

Ya Allah!! Ape je yg ditengok tu??kalau AL-QURAN tu,jangan kata baca,tengok je dah dpt pahala..tapi..aurat n aset perempuan ni, jangan kata pegang, sentuh, usik n mcm2 yg tak sanggup disebut kat sini, TENGOK je dah dapat DOSA...ulang tulis..DOSA!!!

TENGOK = DOSA!!! free2 je dapat dosa...

Tak buat ape,sekadar TENGOK JE dah dpt dosa..senang je..seronok ke kumpul dosa mata???
Adakah sampai seorang wanita mengeluarkan kata seperti ini barulah kata2 dan pandangan tu akan dijage??

"Jagalah pandangan kamu...kan Ghadul bashar tu wajib untukku dan wajib untukmu.."
"Jagalah bahasa kamu..jangan mudah mengeluarkan kata2 menyentuh hati..tak kan kau tak tahu,,hati wanita ini rapuh,,mudah disentuh.."
"Jangan sengaja mencari peluang utk mendekatiku...kau tahu itu berbahayakan??

Ya...mungkin tidak semua wanita ambil kira tentang ini..tapi,ape salahnya kau menjadi satu antara ribuan muslim yg menjaga pandangannya..menjaga kata-katanya....menjaga wibawanya....untuk dirinya sendiri,,kerana ALLAH..!!!

Beruntunglah telinga2 yg mendengarnya dan beruntunglah bibir2 yang tak pernah menyebutnya dan berbahagialah hati2 yang tak pernah terlintas perkara2 seperti ini....

Apabila lelaki tak jaga mata, pukul rata, tengok semua benda...
Siapa kata, perintah menundukkan pandangan hanya untuk perempuan..???

"Katakanlah kpd org2 mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka.Demikian adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ape yg mereka kerjakan.Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka"(Surah An-Nur : 30-31)

Hadith yg diriwayatkan di dalam Musnad Ahmad Ibn Hambal bahawa, daripada Jarir bin Abdullah ra berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang pandangan secara tidak sengaja, maka baginda menyuruhku memalingkan pandanganku.."

Dalam Hadith yg lain, Baginda s.a.w diriwayatkn bersabda kpd Saiyidina Ali k.w "Wahai Ali, janganlah kamuikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua ..sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yg kedua.."

Wahai Muslimin, duhai Muslimah..
Jagalah pandangan kita ...
Jagalah kata2 kita..
Ingatan untukku dan untukmu..
Selebih2nya adlh.."saya cakap utk saya...diri saya"..

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (drpd beberapa keistimewaan) atas org2 perempuan..dan juga kerana org lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian drpd harta mereka.."
(An-Nisa' : 34)

Malu...???

....السلام عيكم
Malu....Penting ke???
 Dasawarsa ini,kiankalinye kite mndengar berbagai2 isu2 gejala2 sosial yg kian berleluasa...ceh,,dah mcm pemberita la plk...sbnrnye,,kte xperlu soal or kupis2 isu2 semasa ni kalau kita sendiri xbuat tindakan...tindakan ape ye??haa..tindakan yg mane tugas kita laa..Allah dah perintah kan pd kita,Umat Nabi Muhammad s.a.w...dgn satu tugas yg mne kte perlu laksanakan..tp kerja ni dah lame ditinggalkan..dan tggl beberape kerat je yg buat,,itu pun atas dasar mnjadikannya sbgai keperluan hidup..dah byk silap kita sbnrnye sbb kte dah tgglkan perintah Allah yg utama...ape dia ek??
haa...sedara sedari yg dimuliakan Allah...hum,,knpe sy memuliakan sedara2 semua ye??sbb ape...??sebab tuan2 semua mulia la..kte,saya,tuan2,puan2 semua nya mulia...mulia di sisi Allah...kerana kte tlh diiktiraf oleh Allah di dlm Al-Quran..
"Kamu (umat Muhammad) adlh sebaik-baik umat yg diutuskan utk manfaat manusia.Kamu menyuruh kepada perkara kebaikan dan mencegah dari perkara-perkara yg mungkar dan kamu beriman kepada Allah..."
(Ali Imran: 11)..
 
jadi Allah telah utuskan kite,saya,tuan2,sedare2 sekalian atas mksud yg same...iaitu sbgai hamba Allah..hari ni kalau kte bangge dgn maksud hidup kita utk jadi seorang jurutera,seorang doktor,seorang arkitek,sebenarnye kte tlh menghinakan diri kte sendiri..sbb ape??haa..sbb kte tlh jdikan mksd hdp kite utk jd seorg hambe kpd pekerjaan,,bknnye sbgai hambe Allah..jd,ape tindakan kte??yaa..pandai pun..1st skali kte kne la bezakan dlu yg mane 1 keprluan dan mane 1 mksd hdp kte..ok,mle2,kte kne la knl dlu mksd hdp kte..sbg hamba Allah..bkn hambe pkerjaan tau..jd,kalau jd hamba Allah ni,kte kne la lakukan kerja yg Allah tlh perintahkan kpd kte iaitu penolong agama Allah,yakni "Amr bil ma'aruf wa tanhau na 'anil mungkar...wa tu'minunabillah.."..sng je,,ajak manusia kpd kebaikan dan cegah kpd kemungkaran...
tapi dgn cara kte sendiri ke?????cara kita ke??tak..bukan..kalau nk ibadah kte diterima mestilah dgn cara spt mane cara yg tlh ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w...

Allah dah turunkan rasulullah sbg utusanNya utk mngajak dan mengajar manusia mcm mne nk taat dan lakukan perintah Allah,,jd,same la jgk dengan tugas dakwah kte td tu,mestilah dgn cara spt mne yg tlh dtunjukkan Rasulullah dan para sahabat r.hum..barulah tip top amalan kte..ramai kini beranggapan bahawa tugas mengajak kpd kebaikan ni hanya tugas ustaz2,ulama'2..hbs tu,sat gi kalau kite dkt pdg mahsyar nnt,kte nk jwb ape kalau ade org yg menuntut???blh ke kte ckp,"eh,sy bkn ustaz..sy bkn ulama'.."..blh ke mcm tu?even mngajak org pergi solat pun dah kire dakwah..

kalau la msg2 dok sibuk dgn amalan sendiri2 je,dok rumah,ibadat sorg2,mcm mne agama nk tersebar..mcm mne org nk knl agama,mcm mne org nak amal agama..hum,,para sahabat Rasulullah merupakan golongan yg tlh berjaya,kerana mereka fhm atas mksd dan tujuan hdp mereka..Dunia ibarat bangkai bg mereka..xde nilai..

mereka xde susah2 kejar dunia,tp dunia kejar mereka..haaa..kerana ape?kerana mereka kjr akhirat..ulama' bg tamsilan,dunia ni ibarat byg2 kite...shadow dlm bahase omputihnye..jd,,jika kite kjr byg2 kite,sampai ble2 kite xkn dpt..kita lari,dia pun lari..dan akhirat pula ibarat 1 objek yg berada dihadapan kte sbgai contoh emas la..then,kalau kite kjr objek yg kt dpn kte td tu,emas,,maka byg2 kite pun ikut skali kejar,,automatically..xdenye byg2 kte tggl kat tmpt tu je..kan2??haa..jd,itulah keperluan kte..segala pekerjaan kte,perbelanjaan kte kat dunia ni hanyelah sbgai keperluan hdp dan bknnye mksd hidup kte..bezakan eh..
ape yg kte kejar,hendaklah berpandukan agama mengikut cara rasulullah..iaitu Sunnah Baginda...sunnah ni perkara yg lame ditinggalkan..sampaikan ble org amalkan sunnah je dah dpndg jelek..(Nauzubillah)..org malu mngamalkan sunnah..lg2 sunnah yg terbesar iaitu DAKWAH ILALLAH..jumpe manusia..
sy la,,masih ade perasaan MALU..malu nk jumpe manusia..Rasulullah dlu dan Para Sahabat,,pergi setiap rumah,setiap manusia jumpe mereka ckp berkenaan Allah...hari ni kte,saya la terutamanya,,MALU utk lakukan kerja utama ni..so,MALU,Penting ke utk Dakwah??kte kene sentiasa merelakan diri kite utk agama Allah..dlm agama dah ade syariat2 nye,so ikut je la yg Nabi dah tunjukkan..hum...
hari ni kte,saya la terutamanya kan,malu utk ckp tntg Allah kpd manusia..hari2 ckp dunia,,berapa jam la agak2nya kte bercakap psl Allah..berapa??berapa??Astaghfirullah..ampunkan aku Ya Allah....:-(
 
jadi sedara2 sedari2 yg mulia...ape yg ditulis,selebih2lebihnya adlh utk saya.."saya ckp utk saya..diri saya..."..doakan sy utk jd bidan terjun dlm kerja agama,,di samping mencari keperluan dunia utk kerja ni..

yg baik dan buruk dari Allah,namun yg buruk itu adlh atas asbab kelemahan diri sy...
Wallahua'alam..